Kata orang, ‘Hidup umpama aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair.’ Walau sesukar manapun dugaan yang menimpa, kita harus tabah menghadapinya. Kadangkala Tuhan menguji manusia dengan pelbagai jenis dugaan namun apa yang lebih penting adalah cara kita menerima dan redha dengan ketentuan-Nya.
Begitulah kehidupan Rina, seorang gadis muda yang berumur 16 tahun, tabah menghadapi hari-hari yang mendatang walaupun pada hakikatnya dia menghadapi “rinal failure” ataupun penyakit buah pinggang yang gagal berfungsi.
Seperti insan lain, Rina juga pernah berputus-asa untuk meneruskan hidupnya, hidup yang penuh dengan kesakitan. Namun begitu, kehadiran seorang Adam kurniaan Tuhan telah mengembalikan semangatnya yang telah hilang. Adam yang bernama Haziq merupakan seorang pelajar yang baru berpindah dari Australia. Haziq dan Rina telah ditakdirkan bertemu di dalam kelas dan sekolah yang sama. Rina yang sering kali menangis kesakitan di dalam kelas telah menarik perhatian Haziq untuk mendekatinya. Keprihatinan yang ditunjukkan Haziq membuatkan hati Rina tergerak untuk berkongsi kisah hidupnya dengan Haziq.
Keredupan pandangan mata Rina dan kesungguhannya untuk mendekati dan mendalami Islam telah membuat keinginan Haziq untuk mengenali gadis kecil molek itu semakin kuat. Segala kesakitan dan kesedihan Rina turut dirasainya. Rina yang dulunya berhenti menjalani rawatan kimoterapinya kini menyambung kembali rawatan tersebut. Semua itu berkat dorongan Haziq dan keluarganya.
Setelah diaturkan oleh Haziq, Rina telah bertemu dengan seorang mualaf yang kini telah menjadi seorang ustazah yang begitu disegani. Rina mengukuhkan lagi pengetahuannya tentang Islam dan kini Rina lebih ceria dan gembira.
Pada suatu hari, Haziq telah mengambil cuti dan kembali ke Australia. “Rina, jaga diri baik-baik. Teruskan hidup dan jika ada umur yang panjang, boleh kita bertemu lagi,” pesan Haziq kepada Rina. Rina redha dengan pemergian Haziq dengan tenang dan sejak hari itu, dia sentiasa mengharapkan kepulangan Haziq. Beberapa minggu selepas pemergian Haziq, Rina menerima berita gembira dari hospital. Setelah lebih 2 tahun menunggu penderma buah pinggang, kini Rina sudah boleh menjalani pembedahan penukaran buah pinggang.
Dua bulan kemudian, Rina sudah mampu mengikuti aktiviti-aktiviti lasak seperti insan lain. Matanya yang dulu redup kini telah kembali bersinar. Terima kasih kepada “Nur” yang sentiasa menemaninya selama ini. Namun, pemergian Haziq ke Australia rupa-rupanya untuk meninggalkan Rina buat selama-lamanya. Haziq menghidapi tumor otak tahap akhir dan setalah menyedari ajalnya semakin hampir, dia telah pergi melarikan diri ke Australia. Hasrat akhirnya untuk menderma buah pinggangnya kepada Rina telah tercapai. Rina tabah menerima pemergian Haziq kerana sesungguhnya apa yang Tuhan pinjamkan kepada kita harus kembali kepada-Nya.
* this is my dear larynn wrote .. :') it's kinda sad .. so, I decided to post it .. :')