Wednesday, November 16, 2011

Pertemuan Itu~

Here it goes .. This is the Malay story .. :') Enjoy !

"Betapa indahnya ciptaan Allah ini." Azifa bercakap sendirian ketika memandang ke arah pantai. Angin bertiup lembut membuatkan Azifa berasa sungguh tenang. Teringat kembali kenangannya bersama Hafiz, suaminya yang amat dirinduinya. Berputar kembali saat dia bertemu dengan Hafiz, saat yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya.
* * * * *
'Alamak ! Hujanlah pulak. Lupa nak bawa payung sekali.'

Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kedai buku itu, tiba-tiba hujan turun. Azifa buntu memikirkan bagaiman hendak balik ke rumah. Dia cuba menahan teksi tetapi nasibnya kurang baik. Azifa terus meredah hujan kerana bimbang terlewat sampai ke rumahnya. Azifa merasakan ada orang berdiri di sebelahnya. Dia terus berpaling ke arah lelaki yang tiba-tiba memayungi dirinya. Lelaki itu tersenyum memandang Azifa.

'Cantiknya budak ni,' katanya dalam hati.
"Terima kasih kerana sudi berkongsi payung dengan saya," ucap Azifa, tersenyum.
"Sama-sama. Saya Hafiz," lelaki tersebut memperkenalkan diri.
"Saya Azifa. Salam perkenalan." Bermulalah sebuah persahabatan antara Azifa dengan Hafiz.

Selepas pertemuan itu, Hafiz sering keluar dan berjumpa dengan Azifa. Pada suatu pagi, Hafiz mengajak Azifa bersarapan di restoran kegemaran mereka. Kebetulan, Azifa tidak mempunyai apa-apa aktiviti. Setibanya di restoran itu, sebaik sahaja pelayan mengambil pesanan mereka, Hafiz terus memulakan rancangannya.

"Azifa, sebenarnya saya ingin memberitahu awak sesuatu. Saya mendapat tawaran belajar ke luar negara dalm jurusan kedoktoran. Saya akn bertolak dalam beberapa hari lagi. Sebelum saya pergi, saya ingin memberitahu awak tentang kita. Sejak pertama kali kita bertemu, hati saya dah pun terpikat melihat awak. Saya cuba menafikan perasaan ini tetapi gagal. Azifa, sudikah awak menjadi teman hidup saya ?" Azifa terdiam. Beberapa saat berlalu, Azifa tersenyum memandang Hafiz dan bersetuju menjadi teman hidup Hafiz.

Berlangsunglah majlis pertunangan antara Azifa dengan Hafiz. Mereka akan melangsungkan perkahwinan mereka selepas Hafiz tamat belajar. Hafiz bertolak ke lapangan terbang bertemankan keluarganya dan Azifa. Azifa menangis kerana terpaksa berpisah dengan Hafiz.

"Azifa, tunggu Hafiz balik ye. Jangan risaukan Hafiz, Azifa jaga diri baik-baik. Hafiz sayang Azifa!" kata-kata yang diucapkan Hafiz semasa ingin masuk ke balai perlepasan masih terngiang-ngiang di telinga Azifa. Bermulalah kehidupan Azifa tanpe bertemankan Hafiz, tunangnya yang amat disayanginya.

5 tahun kemudian.....

"Assalamualaikum. Boleh saya cakap dengan Azifa?"
"Saya Azifa. Awak siapa?"
"Sayang, tak ingat lagi suara ni? Ini Hafiz,"

Azifa terus tersenyum dan mengucap syukur kepada Allah kerana Hafiz masih lagi ingat akan dirinya. Hafiz telah selamat sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan dalam perjalanan balik ke rumahnya. Beberapa minggu selepas kepulangan Hafiz dari UK, berlangsunglah perkahwinan antara Hafiz dengan Azifa. Majlis yang begitu meriah itu juga disambut oleh rakan-rakan Hafiz dari UK.
* * * * *
"Sayang, abang akan pergi ke Palestin dalam masa beberapa hari lagi. Abang ditugaskan untuk merawat penduduk di sana. Syang nak ikut ?" Azifa hanya menggelegkan kepala. Dia faham akan tugas suaminya yang bekerja sebagai seorang doktor.

Hari itu pun tiba. "Jaga diri baik-baik ya, sayang. Tunggu abang balik dalam masa seminggu ni." Ketika itu, Azifa sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Kepergian Hafiz ke Palestin diiringi tangisan Azifa. "Abang jaga diri ya." Hafiz mengucup pipi isterinya yang amat disayanginya. Sayu hatinya tika meilaht isterinya yang terpaksa ditinggalkan.
* * * * *
Azifa berasa sungguh gembira. Hafiz akan balik ke Malaysia pada pagi itu. Azifa tidak sabar untuk berjumpa dengan Hafiz. Berita yang gembira sedang menanti untuk dikhabarkan. Azifa pun menyiapkan hidangan yang istimewa untuk Hafiz. Penerbangan dari Palestin ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 8 jam. Azifa pun menanti dengan penuh sabar kepulangan suaminya yang tercinta.
* * * * *
Azifa terpaku selepas mendengar berita di televisyen. Kapal terbang yang dinaiki oleh Hafiz telah terhempas dan sebilangan besar daripada penumpang maut di tempat kejadian. Azifa merasakan dunianya gelap gelita. Azifa terus menangis. Dia tidak dapt menerima hakikat bahawa Hafiz kini telah meninggalkan dia bersama bayi yang dikandungnya. Dia menafikan bahawa Hafiz telah meninggalkan dia.

Selepas kejadian itu, lahirlah seorang bayi yang amat comel. Azifa menyucapkan syukur kepada Allah kerana pembedahan itu berjalan lancar. Seorang bayi lelaki yang iras-iras Hafiz. Sehingga kini, hati Azifa masih kuat mengatakan bahawa Hafiz masih lagi hidup walaupun sudah dua bulan kejadian itu berlaku. Dia menamakan anaknya Muhammad Syahmi. Seperti yang diingini Hafiz jika dia melahirkan seorang bayi lelaki. Syahmi pun membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kerana Azifa tida mahu berkahwin lagi walaupun ramai yang masuk meminang.
* * * * *
"Ibu, Syahmi berjaya terbangkan layang-layang tadi. Ada seorang pak cik yang tolong," Azifa tersedar dari lamunannya.
"Mana pak cik tu? Syahmi ada ucap terima kasih tak?"
"Ada, Ibu. Pak cik tu tengah pegangkan layang-layang Syahmi," kata Syahmi sambil menunjuk ke suatu arah.

Azifa pun memalingkan mukanya ke arah itu dan terkejut melihat lelaki tersebut. Lelaki tersebut ialah Hafiz, suaminya yang hilang itu. Azifa mengambil keputusan untuk menegur lelaki tersebut untuk memastikan bahawa itu adalah Hafiz.

"Assalamualaikum, encik," Azifa memberi salam kepada lelaki tersebut.
"Wa'alaikummusalam," Sebaik sahaja lelaki tersebut berpaling, Azifa menggosok-gosok matanya berulang kali kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Hafiz?" tanya Azifa. "Azifa?"
"Adakah saya bermimpi? Saya tidak percaya," Azifa terus memeluk Hafiz sambil air matanya jatuh. Air mata kegembiraan.
* * * * *
Azifa dan Hafiz bertemu kembali kerana Allah. Hafiz menceritakan bagaimana dia boleh terselamat. Azifa bersyukur kerana Hafiz kini kembali. Anaknya, Syahmi begitu gembira selepas mendapat tahu bahawa kini dia mempunyai seorang ayah. Syahmi tidak lagi bersedih kerana rindukan ayahnya. "Cinta Hafiz hanya tertulis untuk Azifa." Azifa kini mengecapi kebahagiaannya bersama Hafiz dan anak-anaknya .

*This is my original story .. Xda kaitan dengan yang hidup ataupun dah meninggal.. TQ ! <3